Ibu sejati
9:56 PM | Author: Amirul Mukminin

Jasa ibu

Tiupan angin monsoon timur laut menyapa wajah ibu yang makin hari makin meningkat usianya. Dari jauh kuperhatikan langkah ibu, kadang- kadang tersepak gumpalan rumput dan terjatuh kedalam sawah aku tersentak lalu aku menjerit dari jauh
“mak xapa ka? mak larat dak lagi”
tapi ibu bangun semula, sambil tersenyum ibu berkata dah
“tua-tua ni makin tak laratla”
aku membalas
“tula cek kata jangan mai mak nak mai gak”

cek adalah bahasa manja seorang anak kepada ibunya yang selalu digunakan oleh orang utara.


Mak membalas semula

“tak pa la ALHAMDULILLAH dah ni,orang lain umur macam mak dah tak larat turun bendang dah…”
kini ibu ku sudah masuk umur 63 tahun..ibuku dilahirkan pada 27/05/46 ayahku pula dilahirkan pada 03/07/36 kini dah masuk umur 73 dah..begitu cepat pula masa berlalu. Adikku pun dah berumur 20 dah makin cantik dan lawa.. kembali ke tengah sawah ibu kelihatan sedang membancuh campuran racun untuk disembur ditengah sawah, aku la tukang semburnya menggunakan pam semburan berenjin yang beratnya rasanya melebihi 50 kg.


Kali pertama menggunakan pam ni rasa macam nak pengsan plak maklum jela dahla busuk racun masuk hingga kedalam bronkus dan trakea. Padi pula setinggi dada susah sangat nak berjalan ditambah dengan selut yang melekat dikaki, ya ALLAH macamana la ibu dengan ayah buat bendang dulu, aku mengelamun sendirian.. berat yang 50 kg tadi terasa seperti 100kg rasanya tak sesuai dengan beratku yang hanya 50kg. Tapi ALHAMDULILLAH dengan kekuatan yang ALLAH bagi aku dapat jua mengharunginya. Jika hendak dibandingkan dengan perjuangan RASULULLAH ibarat langit dan bumi ja.. Kerja yang aku lakukan ni tak bernilai sedikit pun.


Perjuangan RASUL amat payah sejak dari kecil lagi sudah menjadi yatim belajar berdikari sendirian, mencari rezeki menyara hidup dengan mengembala kambing sedangkan aku punyai ibu bapa yang sering memberi motivasi, sedangkan RASULULLAH terpaksa mencari sumber inspirasi dan juga sumber motivasinya sendiri. Ya ALLAH malunya aku kepada RASULULLAH sering kali mengeluh,sedangkan RASULULLAH tak pernah mengeluh. Walaupun dirinya tidak mempunyai ibu bapa, serta miskin harta, sekadar punyai iman di dada, itulah yg menjadikan hatinya kaya, membentuk akhlak peribadi mulia. Aku sayangkan mu YA RASULULLAH, ya ALLAH jadikanlah hatiku mengasihiMU dan RASULULLAH melebihi segalanya..


Ibuku pula tak henti-henti membancuh racun. Aku hanya memandang redup wajah ibu yang makin dimamah usia, terasa molekul H2O ditambah beberapa garam mineral lain keluar melalui kelopak mata ku ini. Entah kenapa aku menangis.. Ya ALLAH kurniakanlah aku isteri yang rajin seperti ibuku. Beruntung benar ayahku memiliki serikandi seperti ibu.. Perjuangannya semakin hari semakin bertambah tapi kecekalan ibu tidak pernah berkurang walaupun semakin berusia.. Aku sayangkan ibu, sygggggg bangat.

.

Hari ni aku terpanggil lagi untuk menulis, selepas pulang dari mngajar aku membersihkan diri kerana waktu magrib sudah hampir tiba. Selesai mandi aku menyiapkan diri untuk ke masjid entah kenapa tiba-tiba hatiku tergerak nak p tgk ibu kat kitchen.. Ibu sedang memasak untuk anak dia ni rupanya.. Lalu aku lihat kepala ibu mmm sudah berubah dah, sudah banyak uban yang tumbuh.. Lalu aku usap kepala ibu smoga keberkatan mengalir dalam diri ku ini.. Lalu aku berkata.
“mak dah bnyak uban yang tumbuh no”
..ibu membalas dengan tersenyum..
“umur nabi masa meninggal pun 63 macam umur mak jugak”
mmm walopun ibu tersenyum tapi tiba-tiba aku terasa sebak semacam ja, cepat-cepat aku pergi dari dapur… aku menangis lagi… mmm semasa aku menaip ni pun terasa air mata mengalir keluar, aku akui diri ni memang seorang yg keras hati tapi bila terkenangkan kelembutan and kesucian ibu aku menangis….. Betapa besarnya pengorbanan mu ibu, aku malu ibu di dalam Al-Quran ada menyebut

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia
(Surah Al-Israa' ayat : 23)i

Tapi aku sebaliknya kadang-kadang aku marah ibu, kadang-kadang aku meninggikan suara kepada insan yang aku syg ni kenapa aku buat cmni… Ya ALLAH berdosanya aku… Ibu maafkan aku.. Aku sayangkan ibu dan ayah… Syggggggggg sgt2.
|
This entry was posted on 9:56 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: